Sunday, August 9, 2015

Resepi Kek Chocolate Mud

meh aK nak kongsi resepi kat sapa2 yang gigih melumpurkan diri dgn cekelat-cekelat untuk hasilkan kek yang tak seberapa ni hihi... so kat sini aK kongsikan resepi kek cekelat untuk sapa2 yang rajin nak cuba... tapi maaf lah aK tak sempat nak amik pic step-by-step cara2 nak buat tu.. In Shaa Allah lain kali kalo rajin aK buat tutorial ngn gambar skali yer... Untuk buat kek ni, tak perlu guna mixer, guna whisk jer..

Bahan-bahan A:
250g chocolate compound (aK guna coin sbb malas nk pecah2kan)
250g salted butter
3/4 Cup air

Bahan-bahan B:
325g Tepung Gandum
30g Serbuk Koko
1 teaspoon soda bikarbonat
500g gula kastor

Bahan-bahan C:
4 biji telur gred A
2 tablespoons minyak masak
1 teaspoon vanilla
125ml buttermilk

Cara-cara buat:


  1. Macam biasa la kan... panaskan oven dgn suhu 160 darjah celsius. Pastu grease siap2 loyang (aK guna loyang 9inch square - tu jer yang ada kat umah ni) dan alaskan kertas minyak. (Part ni aK consider semua org tau camner nak buat, kalau anda first timer nak bako kek, pm jer aK kalau nak tau detail cara2 penyediaan ni).
  2. Letakkan bahan-bahan A ke dalam periuk/kuali, then masak dengan api kecil (api paling kecil yer...). Pastikan anda sentiasa gaul2 bahan-bahan ni sehingga coklat dan butter dah cair dan sebati (bukan sampai mendidih tau). Then ketepikan dan biarkan adunan ni sejuk ke suhu bilik.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat dalam mangkuk yang sesuai. Kemudian letak gula. Pastu guna whisk untuk gaulkan bahan-bahan B ni sehingga sebati.
  4. Dalam mangkuk yang lain, letakkan bahan-bahan C dan guna whisk untuk gaul2 bahan-bahan ni sampai sebati.
  5. Masukkan adunan bahan-bahan C ke dalam adunan bahan-bahan B. Gaul lagi sampai sebati. Kemudian masukkan adunan bahan-bahan A sikit demi sedikit dan gaul lah sampai sebati... gaul jer tau, tak payah beriya macam nak pukul telo tu...
  6. Then masukkan adunan yang dah siap tu ke dalam loyang. Bakar ler dalam lebih kurang sejam suku. Pastu guna lah lidi ke utk test kek tu dah masak ke belum.. Sementara nak tunggu kek tu masak, bleh la anda basuh semua mangkuk2 dan alat-alat yang diguna tadi... pastu berangan ler sampai ke bulan.... hihi
  7. Bila kek tu da masak, kuarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum kuarkn dr loyang. dah sejuk tu suka hati ler nak makan camtu jer atau nk topping kn dgn cekelat...
Cara-cara topping:

Dah bukan kek cekelat lumpur la namanya kalau tak topping dengan cekelat ganache kan... (betul ker frasa tu hakhak)... so rajin-rajinkan diri untuk lumpurkan kek tu.... Ni cara-cara yang simple nk topping kn kek tu:

Bahan-bahan Ganache:
250g dark chocolate
200g whipping cream
  1. Masak semua bahan-bahan ganache dengan api paling kecil. Gaul2 sehingga cekelat dah cair dan sebati dgn cream.
  2. Pastu buang dulu bahagian2 atas dan tepi kek yang keras/rangup. Time potong tu make sure la potong cantek2 dan rata... supaya kejadian kek tu cantek la bila dah topping kan hihi...
  3. Biarkan ganache tu suam dulu, then baru curah atas kek.... rata2kan ganache tu then siap untuk dihidang....
Bagi yang rajin tu, anda bleh la hias2 lagi kek tu... nak tabur chocolate rice ker, badam cincang yang dah panggang ker... anything la yg sesuai dan relevan... jgn tabur fitnah sudah..!!! hihi gurau jer...

Sapa2 yang dah try resepi ni and ada buat penambahbaikan, meh la share pic dan apekebenda yang ditambah baik tu... moga bermanfaat untuk kita semua...



 ni contoh yang baru masak....

proses nak melumpurkan kek... aK potong dan letak dalam bekas2 kecik... senang bleh simpan dalam peti dan agih2 kat sapa yang sudi nak merasa hakhak.... tapi kejadian memotongnye tak sempurna... senget, comot, tak rata, tah apa2... so terima la seadanya yer... 



Saturday, April 11, 2015

ahlan wa sahlan Dubai (Part 1)



sebagai org kampung yang baru dapat jelajah tempat2 lain, aK coretkan pengalaman trip-trip ke tmpt2 yang aK sempat melencong :-), aK coretkan berdasarkan respon dan feeling aK terhadap tempat2 tu... maybe ada entry yg over sket sedangkan bagi anda biasa2 jer.... kalau anda ada perasaan mcm tu, maafkanlah aK, sbb aK hanya org kampung jer, penuh dgn perasaan sakai dan jakun bila kat tempat org....hikhik...




actually aK transit jer kat Dubai untuk trip ke South Afrika... tapi dah alang2 transit and tak pernah jejak kaki ke bumi padang pasir tu, spend laa cuti sehari dua tiga kat Dubai hihi... masa nak landing tu nampak la jelas bumi padang pasir... tapi sangat mengujakan especially untuk org kampung mcm aK... dari pandangan atas aK dpt tgk struktur jalan yang kemas, bangunan2 pun disusun not bad...








sesampai jer kat Dubai International Airport, kawan dari embassy dah tunggu dan terus bawa ke hotel.. kat Dubai aK duduk kat Hyatt Regency Hotel. Untuk simple review hotel ni, aK akan buat entry lain dalam citer2 hotel review (konon). sampai jer hotel dah jam 7pm, terus check in dan kuar ke Naif Road... Kat Naif Road tak byk amik pic sbb fon dah habes batt hehe... maklum la aK xder camera, just guna fon jer utk senang nk selpi2 kan...




Menurut sumber-sumber dari sini, Naif Road ni tempat paling murah kalau nak shopping kat Dubai ni... opkos la heaven bagi kaum wanita, depa bleh pengsan dan rambang mata kat sini... pelbagai jenis fabrik dengan kualiti bagus dan harga berpatutan bleh dapat kat sini... rata2 peniaga die dr afghan, pakistan dan sewaktu dengannya hihi... sepeninjauan aK cewahh... harga fabrik kat sini ada yg lebih murah dari vietnam dengan mutu yg lebih baik... cuma sbb kos perjalanan nk dtg sini yang agak mahal menyebabkan vietnam masih jd pilihan utama, agaknye lah....

aK tak lah teruja sgt kat Naif Road sbb aK dtg taklah bertujuan utk soping... yg lbh teruja keesokan harinya utk desert safari, meredah padang pasir dgn kenderaan 4wd... memang terumbang-ambing dalam keta, ala2 roller coaster sambil tgk pasir berterbangan... tapi taklah terlalu ekstrim, kiranya taklah sampai nak menjejaskan jantung hihi....masa aktiviti ni, terjumpa sekumpulan unta dgn gembalanya... best plak tapi xdpt amik pic sbb time tu tgh melantun2...









pakej ni berakhir kat satu tmpt mcm pic kat bawah, di mana diorg sediakan makanan... makanan tu ok la drp kebulur kan... time2 makan ada pula show gelek2... so dicadangkan jika anda travel bersama keluarga dgn anak2, tak pelu la tgk show ni sbb tak sesuai hihi....

10 April 2015, harini akan fly ke South Afrika, tapi flight 1120pm, so ada sehari lg kat Dubai... then kitorg decide untuk pg Abu Dhabi... lebih kurang 130KM dari Dubai, perjalanan dalam 1.15jam jer... tapi skrg aK dah penat... hihi... so aK akan sambung citer kat  Abu Dhabi dalam next entry....


Wednesday, April 1, 2015

Hotel Review - TH Hotel Kuala Terengganu

Kebetulan aK outstesen kat ganu ni, aK nak share la tempat tinggal aK selama 4D3N ni (org lain share, aK pon gatai nak share.... wekkk). aK duk kat TH Hotel, lokasi sebelah airport, berdepan dengan stadium baru tu. Secara keseluruhannya, hotel ni ok, takde apa2 tanda yang boleh memudaratkan kesihatan atau membangkitkan kemarahan hihi... Kalau kat Kuala Terengganu, Hotel TH ni consider yang paling baru laa. So opkos la hotel die bersih, perabot2 baru... Bilik die agak besar, kat bawah katil siap ada dah extra bed. Bleh tarik dan terus guna.. cuma takde la cadar, maybe kena minta kat hotel... ada caj tambahan atau tanpa caj aK pon tak tahu... hihi....



Basic2 macam mini bar & tv semua ok.... channel tv aK tak pasti sbb aK duk sini tak tengok tv pon hihi....



Kat toilet plak, diorg arrange separate area utk mandi ngn tandas... agak selesa... cuma bilik aK duduk ni xde bathtub.


haaaaaa shampoo ngn pencuci muka tuu wajib bawa ke mana saja haha....


Cuma masalahnya, lokasi TH Hotel ni jauh sket dari bandar Kuala Terengganu. Kalau datang dgn flight, mmg susah laa nak kuar... kalau berangan nk pg jalan2 utk walking distance, haa pg la tgk batu2 kat stadium depan hotel tu hihi... unless kalau korang mmg banyak duit, sewa la keta atau naik taxi... Tapi kalau datang dengan kereta sendiri ok laa.. bleh ke mana saja ikut suka hati hihi... Basically Hotel TH ni ok, sesuai utk penginapan keluarga... swimming pool utk kanak2 riang diorg wat cantek jg la... ada gym, tp basic equipment saja... breakfast pun best, banyak menu dan rasa makanan tu semua bleh lalu tekak aK tanpa meroyan... menu berat die banyak, yang aK perasan, nasi dagang ngn lauk tongkol tu wajid ada tiap2 hari, nasi lemak ngn nasi minyak rotate, lengkap ngn aym masak merah, aym rendang bagai... yang best haritu ada lempeng nyiur kuah sardin... soknye ada plak roti canai... yang menu basic2 lain tu semua ada tiap2 hari... kalau anda duduk sini lama2 bersedialah untuk gemok...

Sekitar Kuala Terengganu ni ada beberapa attractions. Masjid kristal, masjid terapung, taman tamadun Islam... Kalau nak shopping mestilah Pasar Payang wajib ziarah... Kemudian Terengganu memang terkenal dengan kepok lekor... so anda datang sini make sure rasa kepok lekor tu... Kalau orang luar Terengganu datang sini mesti datang ke Losong dan BTB (Bukit Tok Beng) utk makan atau tapau kepok... Tapi kalau local Terengganu diorg kata tempat2 tu now not really the best, diorg ada few tempat lain utk bli kepok mcm kedai kepok Mak Adek... Tapi kalau nk pg tmpt2 tu, pg selain Selasa sbb mostly local feveret ni tutup hari Selasa. BTB tu suatu ketika dulu mmg femes, sampai kena amik nombor kalau nak beli. But now, mesin nombor tu dah tak function, so bleh dtg bila2 tanpa beratur panjang atau tggu giliran lama2. Tapi bagi aK tak kisahlah mana2 pun, aK tak memilih bab2 bli kepok lekor ni.

aK tak amik sangat pic places of interest kat sini sbb aK dtg atas urusan kerja... lgpun dah selalu juga mari ganu ni... so cukup dapat tapau kepok lekor sebatang dua pun dah memadai hihi... lgpun, next week aK nak travel lg jauhhhhh huahua.... pg mana? tunggu................... (ada aku kesah!!)


Sunday, March 29, 2015

tok tok tok... fuhh fuhh

assalamualaikum............ berhabuk dah blog ni hihi.... tapi xper... abukhairul (aK) akan beri nafas baru blog ni... chewahhh.... (tangan atas bahu sambil cakap dalam hati "ada ker org nak baca!!!!)... hihi