Saturday, April 11, 2015

ahlan wa sahlan Dubai (Part 1)



sebagai org kampung yang baru dapat jelajah tempat2 lain, aK coretkan pengalaman trip-trip ke tmpt2 yang aK sempat melencong :-), aK coretkan berdasarkan respon dan feeling aK terhadap tempat2 tu... maybe ada entry yg over sket sedangkan bagi anda biasa2 jer.... kalau anda ada perasaan mcm tu, maafkanlah aK, sbb aK hanya org kampung jer, penuh dgn perasaan sakai dan jakun bila kat tempat org....hikhik...




actually aK transit jer kat Dubai untuk trip ke South Afrika... tapi dah alang2 transit and tak pernah jejak kaki ke bumi padang pasir tu, spend laa cuti sehari dua tiga kat Dubai hihi... masa nak landing tu nampak la jelas bumi padang pasir... tapi sangat mengujakan especially untuk org kampung mcm aK... dari pandangan atas aK dpt tgk struktur jalan yang kemas, bangunan2 pun disusun not bad...








sesampai jer kat Dubai International Airport, kawan dari embassy dah tunggu dan terus bawa ke hotel.. kat Dubai aK duduk kat Hyatt Regency Hotel. Untuk simple review hotel ni, aK akan buat entry lain dalam citer2 hotel review (konon). sampai jer hotel dah jam 7pm, terus check in dan kuar ke Naif Road... Kat Naif Road tak byk amik pic sbb fon dah habes batt hehe... maklum la aK xder camera, just guna fon jer utk senang nk selpi2 kan...




Menurut sumber-sumber dari sini, Naif Road ni tempat paling murah kalau nak shopping kat Dubai ni... opkos la heaven bagi kaum wanita, depa bleh pengsan dan rambang mata kat sini... pelbagai jenis fabrik dengan kualiti bagus dan harga berpatutan bleh dapat kat sini... rata2 peniaga die dr afghan, pakistan dan sewaktu dengannya hihi... sepeninjauan aK cewahh... harga fabrik kat sini ada yg lebih murah dari vietnam dengan mutu yg lebih baik... cuma sbb kos perjalanan nk dtg sini yang agak mahal menyebabkan vietnam masih jd pilihan utama, agaknye lah....

aK tak lah teruja sgt kat Naif Road sbb aK dtg taklah bertujuan utk soping... yg lbh teruja keesokan harinya utk desert safari, meredah padang pasir dgn kenderaan 4wd... memang terumbang-ambing dalam keta, ala2 roller coaster sambil tgk pasir berterbangan... tapi taklah terlalu ekstrim, kiranya taklah sampai nak menjejaskan jantung hihi....masa aktiviti ni, terjumpa sekumpulan unta dgn gembalanya... best plak tapi xdpt amik pic sbb time tu tgh melantun2...









pakej ni berakhir kat satu tmpt mcm pic kat bawah, di mana diorg sediakan makanan... makanan tu ok la drp kebulur kan... time2 makan ada pula show gelek2... so dicadangkan jika anda travel bersama keluarga dgn anak2, tak pelu la tgk show ni sbb tak sesuai hihi....

10 April 2015, harini akan fly ke South Afrika, tapi flight 1120pm, so ada sehari lg kat Dubai... then kitorg decide untuk pg Abu Dhabi... lebih kurang 130KM dari Dubai, perjalanan dalam 1.15jam jer... tapi skrg aK dah penat... hihi... so aK akan sambung citer kat  Abu Dhabi dalam next entry....


No comments:

Post a Comment